Popular Posts

Thursday, November 11, 2010

LA TAHZAN

Jangan bersedih, sekiranya anda hidup miskin, kerana masih terdapat orang di sekeliling anda yang hidup dililit hutang! Jangan bersedih kerana tidak mempunyai kenderaan, sebab masih ramai orang di sekeliling anda yang kakinya kudung!
Jangan bersedih kerana suatu penyakit, kerana masih ramai orang selain anda yang mungkin bertahun-tahun terbaring di atas katil!
Jangan bersedih kerana anda kehilangan seorang anak sebab masih ada orang yang telah kehilangan beberapa orang anak disebabkan suatu kecelakaan sekaligus!

Jangan bersedih kerana seorang muslim yang beriman kepada ALLAH S.W.T, para rasulNya, malaikatNya, kitab-kitabNya, hari kiamat dan qadak serta qadar yang baik dan yang buruk! Kerana, masih ramai orang kafir yang mengingkari ALLAH S.W.T, mendustakan rasul-rasulNya, menyimpang dari ajaran kitab suci dan mengingkari hari kiamat, serta tidak mempercayai qadak dan qadar!
Jangan bersedih! Sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat; sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya; dan sekiranya anda telah melakukan kesalahan, perbaikilah kesalahan tersebut. Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang ALLAH S.W.T itu teramat luasnya, pintu rahmatNya terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah ruah dan taubat yang anda lakukan insyaALLAH pasti diterima!
Jangan bersedih, kerana anda sendirilah yang menggerakkan saraf anda, mengubah keadaan anda, meletihkan hati anda, mengganggu tidur anda, dan membangunkan malam-malam anda!

Seorang penyair pernah berkata:
          Terkadang bencana membuat sesak dada seorang pemuda, sedang hanya ALLAH S.W.T Yang memiliki jalan keluar. Setiap peristiwa terasa berperanan dalam menyesakkan dadanya, sehingga dia mengira tidak ada jalan keluar dari bencana tersebut.

No comments:

Post a Comment